Pemanis Latto
LATTO (natural sweetener)
Ciri-ciri produk : 500g
Kandungan : Ekstrak monk fruit dan erythritol
LATTO merupakan pemanis semulajadi yang terhasil daripada buah monk fruit yang juga dikenali sebagai “luo han guo” buah hijau kecil seperti melon yang tumbuh di Asia Tenggara. Buah ini diproses dikeringkan lalu diambil ekstraknya untuk dijadikan pemanis. Rasa kemanisannya adalah 2 kali ganda lebih manis daripada gula putih.
Kenali Apa Itu Latto ?
Cara Penggunaan
Sebagai Minuman
Campurkan hujung sudu makan atau satu sudu teh ke dalam air panas atau air sejuk.
Untuk Masakan
Latto boleh digunakan dalam pelbagai resepi untuk pengganti gula.
Siapa yang sesuai mengambil produk ini ?
Diabetes & Obesiti
Pesakit PCOS (Sindrom Ovari Polisistik)
Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Jantung
Masalah Insulin atau Hipoglisemia
Manfaat Penggunaan Latto
Lulus Ketogenik
Terus Larut di dalam Darah
100% Halal dan Sihat
Rasa sama seperti gula putih biasa
Memberikan rasa manis tanpa kalori
Apa Kata Mereka Tentang Pemanis Latto ?
Resepi Menggunakan Latto
Bubur Candil
Bahan-bahan:
Untuk Chandel:
– 1/2 cawan tepung psyllium husk
– 1 cawan air pandan (campuran air dengan daun pandan yang dikisar dan tapis untuk aroma)
– 1/4 sudu teh pewarna hijau semula jadi (jika perlu untuk warna)
Untuk Kuah Santan:
– 1 cawan santan pekat
– 1 sudu teh OOCO coconut oil (untuk rasa lebih lemak dan harum)
– 1/4 sudu teh garam bukit
Untuk Gula Melaka Keto:
– 1/3 cawan pemanis latto DJueWellness
– 1/4 cawan air
– 1/2 sudu teh esen vanila (pilihan untuk aroma)
Cara Penyediaan:
1. Sediakan Chandel:
– Campurkan tepung psyllium husk dengan air pandan dalam mangkuk. Gaul hingga rata dan adunan menjadi kental.
– Masukkan adunan ke dalam piping bag atau alat penekan untuk membentuk chandel.
– Tekan adunan perlahan-lahan ke dalam air ais untuk membentuk chandel kecil dan biarkan ia mengeras.
– Tapis dan toskan chandel sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
2. Sediakan Kuah Santan:
– Dalam periuk, panaskan santan bersama OOCO coconut oil dan garam bukit dengan api kecil.
– Kacau perlahan-lahan hingga sebati dan tidak pecah minyak, kemudian matikan api dan ketepikan.
3. Sediakan “Gula Melaka” Keto:
– Dalam periuk lain, campurkan pemanis latto dengan air. Masak dengan api kecil sambil kacau hingga larut.
– Masukkan esen vanila jika suka untuk menambah aroma. Masak hingga kuah sedikit pekat dan berwarna seperti gula melaka.
4. Menghidangkan Bubur Chandel:
– Dalam mangkuk, letakkan chandel yang telah disediakan.
– Tuangkan kuah santan dan “gula melaka” keto di atas chandel.
– Sedia untuk dihidang, atau tambahkan ais jika mahu lebih sejuk dan segar.
Pandan Kek Keju Hangus
Bahan-bahan:
250g cream cheese (pastikan suhu bilik)
2 sudu besar LATTO Sweetener (pengganti gula yang rendah kalori!)
3 biji telur
250g (1 kotak) whipping cream Anchor
1 sudu air pandan (untuk aroma wangi)
2 sudu besar tepung almond (pilihan lebih sihat berbanding tepung gandum)
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam blender atau food processor dan kisar sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah dialas dengan baking paper.
Bakar dalam air fryer yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan sedikit hangus.
Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Panna Cotta
Bahan-bahan:
– 1 pek juevive
– 2 sudu teh Latto
– 1 sudu teh Xanthum Gum
– 1 pek agar-agar putih (tanpa gula)
– 1 bar dark coklat
– 1 kotak whipping cream
– 1 penutup esen vanilla
Cara-caranya:
Lapisan putih pertama:
-Potongkan coklat bar secara halus dan campurkan 4 sudu makan whipping cream serta air panas kemudian masukkan kedalam microwave sehingga cair.
– Bancuhkan Juevive 1 pek ke dalam air panas.
– Seterusnya, panaskan 1 kotak whipping cream atas kuali, masukkan bancuhan juevive, letakkan setengah sudu Xanthum Gum, 1 sudu teh Latto, 1 pek agar-agar dan 1 penutup esen vanilla
– Gaulkan semuanya sekali sehingga sebati dan kelihatan pekat.
– Kemudian, tuangkan separuh kedalam bekas.
Lapisan coklat kedua:
– Masukkan coklat yang dicairkan tadi kedalam adunan putih dan tambahkan 1 sudu Latto (sekiranya kurang manis)
– Gaulkan sehingga sebati.
– Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan pertama dan boleh hias.
FAQ (Soalan Lazim)
Pemanis semula jadi yang rendah kalori dan digunakan sebagai pengganti gula.
Pemanis Latto rendah kalori dan tidak menaikkan paras gula dalam darah. 4 gram Gula = 15.4 kkal manakala 4 gram Pemanis Latto = 0 kkal
Stevia mempunyai aftertaste yang pahit atau licorice manakala Pemanis Latto rasa lebih neutral dan rasa sama seperti gula biasa.
Untuk minuman 1 cawan perlu ambil hujung sudu makan atau 1 sudu teh kecil.
Ya, Latto sangat mudah larut walaupun dalam air sejuk kerana teksturnya yang lebih halus.