Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Melalui Diet Ketogenik!

Apa Itu Diet Ketogenik ?

Diet ketogenik adalah diet yang tinggi dengan lemak, sederhana protein dan rendah karbohidrat. Dengan diet ini akan memaksa tubuh ke dalam ketosis dimana keton akan digunakan sebagai sumber bahan bakar untuk dijadikan tenaga.

Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah atau insulin serta meningkatkan tahap keton yang terbukti mempunyai banyak manfaat. 

Apa Itu Keton ?

Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisme lemak (membakar lemak). Ada banyak aliran pemikiran yang bertentangan mengenai keselamatan suatu makanan ketogenik.

Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan Tips Kesihatan Secara Semulajadi Dengan Dr Jue !

Dr Siti Juariah 
Founder/CEO Djuewellness

Nak tahu rahsia di sebalik penurunan berat badan cepat dengan diet ketogenik ?

Pernah dengar tentang keto diet, tapi tak pasti apa sebenarnya ?

Adakah Diet Ini Boleh Bantu Anda Untuk Kurus ?

Ya, anda mungkin boleh jadikan diet ini sebagai salah satu cara untuk anda menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko untuk dapat penyakit lain.

Hal ini kerana ianya dipercayai mampu untuk menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh badan individu dengan proses ketosis yang mengurangkan karbo malah menambahkan lemak.

Bukan itu sahaja, tetapi ianya juga boleh buat anda berasa kenyang lebih lama tanpa perlu fikir pengambilan kalori serta turut  mengurangkan tekanan darah diastolik dan tahap trigliserida.

Manfaat Diet Keto

  • Mengawal gula dalam darah pada pesakit diabetes jenis 2
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meringankan gejala epilepsi pada anak
  • Mengurangi risiko terkena gangguan sistem saraf 

Cara Menjalani Diet Keto yang Tepat

Sekiranya anda ingin melakukan diet keto ini, anda harus rela untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan seharian.

Berikut adalah dua cara yang biasa dilakukan:

  • Diet keto standard – ianya adalah pola maka dengan jumlah 70% lemak, 20% protein dan 10% karbohidrat
  • Diet keto tinggi protein – pola makan dengan 60% lemak, 35% protein dan 5% karbohidrat

Makanan kaya lemak yang boleh diambil semasa diet keto

  • Telur (omega 3)
  • Daging, ayam dan produk daging lain
  • Ikan tuna, salmon dan makarel
  • Krim dan keju
  • Sayur-sayuran, tomato, dan sayur yang rendah karbohidrat
  • Kacang dan biji-bijian 
  • Alpukat 
  • Minyak zaitun, minyak alpukat atau minyak kelapa
  • Garam dan berbagai rempah

Jenis Karbohidrat yang Perlu Dihindari

  • Nasi, pasta, bijirin dan produk gandum
  • Kacang dan biji-bijian
  • Ubi seperti ubi kentang, keledek
  • Makanan atau minuman manis
  • Lemak tidak sihat seperti minyak sayur atau mayonis
  • Minuman beralkohol