Diabetes Kehamilan: Risiko Untuk Ibu Hamil
DIABETES KEHAMILAN adalah Diabetes yang di-diagnosis buat pertama kalinya sewaktu wanita sedang mengandung. Sama seperti Diabetes yang lain, Diabetes Kehamilan dipengaruhi oleh penggunaan Glukosa dalam sel-sel badan. Ia menyebabkan jumlah gula yang tinggi dalam darah yang boleh memberi kesan kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan.
Ibu yang hamil sebenarnya dapat mengawal Diabetes Kehamilan dengan memakan makanan yang sihat, bersenam dan mengambil ubat jika perlu. Pengawalan aras Glukosa dalam darah adalah penting bagi memastikan anda dan bayi anda sihat, disamping mencegah kelahiran yang sukar.
Aras gula dalam darah para wanita yang mengidap Diabetes Kehamilan kebiasaannya kembali normal sejurus selepas bersalin, akan tetapi masih terdapat risiko yang tinggi untuk mengidap Diabetes Jenis-2. Oleh itu, Ujian Aras Gula dalam Darah perlulah dilakukan dengan kerap.
Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan Kencing Manis Bersama Dengan Dr Jue !
Dr Siti Juariah
Founder/CEO Djuewellness
Tanda-Tanda Awal Diabetes Kehamilan
Diabetes Kehamilan kebiasaannya tidak mempunyai tanda atau gejala yang ketara. Peningkatan perasaan dahaga dan kencing yang lebih kerap adalah gejala yang sering berlaku.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesihatan yang lebih awal—iaitu ketika anda mula-mula merancang untuk hamil. Ia penting supaya doktor anda dapat memeriksa risiko Diabetes Kehamilan anda bersama tahap kesihatan anda secara keseluruhan. Sebaik sahaja anda hamil, doktor akan memeriksa status Diabetes Kehamilan anda sebagai sebahagian daripada rawatan Prenatal anda. Sekiranya anda mengidap Diabetes Kehamilan, anda akan memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap. Kebanyakan kes berlaku dalam tiga fasa bulan terakhir sebelum kehamilan.
Kencing Manis Semasa Mengandung
Apakah Puncanya ?
Mengikut kajian, pelbagai hormon berperanan seiringan dalam memastikan tahap gula dalam darah anda sentiasa terkawal. Tetapi semasa kehamilan, tahap hormon akan berubah dan menjadikan tubuh anda lebih sukar untuk memproses gula dalam darah dengan berkesan. Pada masa yang sama, organ Pankreas pula tidak mampu menghasilkan Insulin yang mencukupi bagi jumlah glukosa yang tinggi dalam darah. Ini memberi kesan peningkatan aras gula dalam darah.
Keterangan Lebih Jelas Berkenaan Kencing Manis atau Diabetes
Faktor-Faktor Risiko Diabetes Kehamilan Yang Perlu Diketahui
FAKTOR RISIKO
- Obesiti / berat badan berlebihan
- Kekurangan aktiviti fizikal
- Sejarah diri / keluarga mempunyai Diabetes / Pre-diabetes
- Sejarah kelahiran bayi bersaiz besar dalam kandungan terdahulu (berat lahir bayi melebihi 4.1 KG)
- Sindrom Ovari Polisistik
- Keturunan- wanita berkulit hitam/ gela, Asia Amerika, India Amerika dan Hispanik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap Diabetes Kehamilan.
Komplikasi Diabetes Kehamilan
Diabetes Kehamilan yang tidak diuruskan dengan betul akan menyebabkan aras gula dalam darah tinggi. Ia memberi kesan kepada anda dan bayi anda, termasuk peningkatan risiko memerlukan Pembedahan Caesarean (C-Section) ketika melahirkan bayi anda.
Bayi anda mungkin berisiko tinggi:
- Berat lahir berlebihan. Gula dalam darah yang lebih tinggi daripada biasa pada ibu boleh menyebabkan bayi mereka membesar terlalu besar. Bayi yang besar ini mempunyai berat lahir melebihi 4.1 KG, mereka lebih cenderung untuk tersekat di saluran kelahiran, mengalami kecederaan kelahiran atau memerlukan kelahiran C-Section.
- Kelahiran Awal (preterm). Gula dalam darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko wanita bersalin awal sebelum tarikh bersalin yang dianggarkan. Doktor juga boleh mencadangkan kelahiran yang lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
- Kesukaran bernafas yang serius. Bayi yang dilahirkan awal dari ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mungkin mengalami sindrom gangguan pernafasan iaitu sebuah keadaan yang menyukarkan pernafasan bayi.
- Aras gula yang rendah dalam darah (Hipoglikemia) akan dialami bayi sejurus selepas kelahiran. Episod Hipoglikemia yang teruk boleh menyebabkan kekejangan pada bayi. Penyelesaiannya, penyusuan yang cepat dan suntikan larutan glukosa intravena dapat mengembalikan tahap gula darah bayi menjadi normal.
- Kegemukan dan Diabetes Jenis-2. Bayi ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Obesiti dan Diabetes Jenis-2 di kemudian hari.
- Kematian sewaktu kelahiran. Diabetes Kehamilan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian bayi sama ada sebelum atau tidak lama selepas kelahiran.
Komplikasi yang mungkin mempengaruhi si ibu:
- Tekanan Darah Tinggi dan Pre-eklampsia (Tekanan Darah tinggi pada ibu hamil). Diabetes Kehamilan boleh meningkatkan risiko Tekanan Darah Tinggi, serta Pre-eklampsia – komplikasi kehamilan yang serius ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
- Bersalin secara Pembedahan (C-Section). Anda lebih cenderung menjalani pembedahan C-Section sewaktu bersalin jika anda menghidap Diabetes Kehamilan.
- Diabetes masa depan. Sekiranya anda menghidap diabetes kehamilan, anda lebih cenderung mengidapnya lagi semasa kehamilan yang akan datang. Anda juga mempunyai risiko Diabetes Jenis-2 yang lebih tinggi apabila anda semakin meningkat umur.
Tips Untuk Mencegah Diabetes Kehamilan
PENCEGAHAN
Sehingga kini, masih tiada jaminan bagi mencegah Diabetes Kehamilan – oleh itu, anda digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengandung terutamanya dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda menghidap Diabetes Kehamilan, langkah berjaga-jaga yang sihat ini juga dapat mengurangkan risiko anda menghidapnya lagi pada kehamilan yang akan datang atau menghidap Diabetes Jenis-2 pada masa hadapan.
- Mulakan kehamilan dengan berat badan yang sihat. Sekiranya anda merancang untuk hamil, penurunan berat badan yang lebih awal boleh membantu anda menjalani kehamilan yang lebih sihat. Anda sebaiknya fokus dalam melakukan perubahan yang berterusan terutamanya terhadap tabiat pemakanan anda kerana ia dapat membantu anda sepanjang 9 bulan kehamilan, seperti makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan penambahan berat badan melebihi berat yang disarankan. Penambahan berat badan semasa mengandung adalah normal dan sihat. Tetapi penambahan berat badan yang terlalu pantas akan meningkatkan risiko Diabetes Kehamilan. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor anda dalam menentukan berat badan yang ideal sepanjang kehamilan anda.
- Pemakann yang sihat- Pilih makanan yang tinggi dengan serat dan rendah lemak dan kalori. Fokus pada buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Usahakan pelbagai cara untuk membantu anda mencapai matlamat tanpa menjejaskan rasa atau pemakanan. Dalam hal ini, Diet Suku-Suku-Separuh adalah digalakkan.
- Kekal aktif. Bersenam sebelum dan semasa kehamilan dapat membantu melindungi anda daripada menghidap Diabetes Kehamilan. Aktiviti yang sederhana selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu sudah memadai seperti berjalan, berbasikal, berenang.