Minyak Masak OOCO (Odourless Organic Coconut Oil)
Minyak OOCO (Odourless Organic Coconut Oil)
Ciri-ciri produk: 1000ml, 250ml
Kandungan: Ekstrak buah kelapa
Minyak kelapa organik adalah minyak kelapa yang dihasilkan daripada bahan organik dengan cara tapisan menggunakan arang dan sekam kelapa untuk menyahbau tengik kelapa bagi pelbagai kegunaan tanpa menghilangkan kebaikannya.
Minyak kelapa organik ini juga tidak mengandungi lemak tepu menjadikannya minyak berkualiti tinggi tanpa bau, rasa dan warna yang tidak disukai.
Kenali Apa Itu OOCO ?
Manfaat OOCO
100% organik, vegetarian dan vegan
Lulus ketogenik diet
Menurunkan berat badan
Bagus untuk sistem pencernaan, pertumbuhan rambut dan sesuai untuk kulit kering
Mengandungi omega 6 dan omega 3 serta kolesterol baik
Mengurangkan risiko penyakit kanser, radang dan autoimun
Sumber Semulajadi dan Organik
Minyak OOCO dihasilkan daripada kelapa organik yang dipilih dengan teliti. Ia melalui proses pengekstrkan yang bersih dan telus tanpa penggunaan bahan kimia atau peluntur iaitu RBD (Refine, Bleach, Deodorize). Ini memastikan minyak kelapa ini mengekalkan semua nutrien dan kebaikan semula jadi yang terdapat dalam kelapa.
Cara Penggunaan
Masakan
Nasi Kebal
Kek dan Kuih Muih
Penjagaan Kulit dan Rambut
Cara Minyak Masak Bertukar Menjadi Toksik
Pemanasan Berlebihan (Overheating)
Penggunaan Berulang Kali (Reuse)
Pengoksidaan (Oxidation)
Penggunaan Minyak Tidak Sesuai
Pembentukan Akrilamida (Acrylamide Formation)
Cara Mengelakkan Minyak Masak Bertukar Menjadi Toksik
Gunakan Minyak dengan Titik Asap Tinggi (Minyak Kelapa, Minyak Kanola atau Minyak Avokado)
Elakkan Pemanasan Berlebihan
Gantikan Minyak dengan Kerap
Simpan Minyak dengan Betul
Gunakan Minyak Berkualiti iaitu Minyak OOCO
Siapa Yang Sesuai Gunakannya & Buat Nasi Kebal ?
- Diabetes atau Kencing Manis
- Kolesterol Tinggi
- Tekanan Darah Tinggi
- Masalah Pencernaan
- Obesiti
- Arthritis
- Masalah Kulit
- Imun Rendah
- Gangguan Tiroid
- Penyakit Jantung
Resepi Masakan dengan Nasi Kebal dan Minyak OOCO
Nasi Serai Resistance
Bahan-bahannya:
– Serai 4 batang
– Daun pandan
– 3 Sekawan
– Bawang Putih (dihiris halus)
– Bawang Merah (dihiris halus)
– Daun ketumbar
– Halia
– Beras
– Minyak OOCO
– Garam himalaya
Cara masakan:
– Tuangkan minyak OOCO dan tumiskan 3 sekawan, bawang putih, bawang merah dan serai. Kemudian, boleh campurkan daun pandan dan daun ketumbar untuk bau serta tambahkan sedikit garam.
– Seterusnya, masukkan beras dan gaulkan hingga rata.
– Pindahkan beras yang sudah ditumis ke dalam periuk nasi, kemudian masukkan air secukupnya sehingga beras tenggelam dan masukkan 2 sudu minyak OOCO.
– Biarkan nasi itu sehingga masak dan sedia untuk dimakan.
Nasi Kunyit Resistance
Bahan-bahannya:
– 1-2 pot beras
– Minyak OOCO
– 5-6 batang cili kering
– 4-5 batang cili padi (ikut kepedasan)
– 2 biji Bawang Merah
– 1 inci halia
– 1 sudu teh serbuk kunyit
– Sedikit garam himalaya
Cara Masakan:
– Panaskan kuali dengan tuangkan minyak OOCO ke dalam kuali, kemudian masukkan bahan tumis (bawang, cili, halia). Tumiskan sehingga layu, dan masukkan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning dan juga air sedikit serta perasakan dengan garam.
– Seterusnya, masukkan beras yang sudah dibasuh ke dalam tumisan dan gaulkan sehingga sebati. Pindahkan beras itu ke dalam periuk nasi dan masukkan air secukupnya serta masukkan 2 sudu minyak OOCO. Biarkan sehingga nasi itu masak.
– Paketkan nasi yang dimasak ke dalam plastik untuk diletakkan ke dalam freezer. Biarkan selama 12 jam di dalam freezer. Selepas 12 jam, panaskan semula nasi kebal itu.
– Akhir sekali, nasi kunyit resistance kita sedia untuk dihidang.
Nasi Ulam Resistance
Bahan-bahannya:
– 2-3 pot beras
– 2 sudu besar minyak kelapa OOCO (untuk menumis)
– 3 ulas bawang putih, dicincang halus
– 2 biji bawang merah, dihiris nipis
– 1 batang bunga kantan
– 2-4 helai daun limau purut, dihiris halus
– ½ cawan daun kesum, dihiris halus
– ½ cawan daun pegaga, dihiris halus
– ½ cawan daun selasih, dihiris halus
– ½ cawan daun ulam raja, dihiris halus (boleh tambah daun ulam lain mengikut pilihan)
– 2 sudu asam jawa
– Garam Himalaya dan lada hitam secukup rasa
– 3 ekor Ikan kembung
– Ikan masin
Cara Masakan:
– Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan bawang- bawang. Kemudian, salutkan ikan kembung dengan garam dan sedikit kunyit.
– Tuangkan sedikit minyak OOCO ke dalam kuali dan gorengkan ikan dan ikan masin sehingga garing.
– Buat nasi kebal terlebih dahulu, dengan basuh beras sehingga bersih dan masukkan air secukupnya serta 2 sudu minyak OOCO. Biarkan sehingga nasi itu masak.
– Siatkan isi ikan goreng dan campurkan bancuhan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Kemudian, gaulkan sehingga rata.
– Pindahkan nasi yang sudah dimasak ke dalam bekas yang besar untuk digaulkan, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam nasi serta masukkan kesemua ulam-ulaman dan gaulkan sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan 2 sudu minyak OOCO dan sedia untuk dihidang.
Nasi Lemak Pandan Resistance
Bahan-bahannya:
– Untuk Nasi Pandan:
– 3 cawan beras
– 15 helai daun pandan (kisar dengan sedikit air, ambil jusnya)
– 2 sudu besar minyak kelapa OOCO (untuk menumis)
– 120ml santan pekat (boleh tambah jika suka)
– 1 helai daun pandan, simpul
– 1 biji bawang merah (dihiris halus)
– 5 biji bawang putih
– 2 inci halia
– Garam Himalaya secukup rasa
Untuk Sambal:
– 10 biji cili kering, direbus dan dikisar
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1 sudu besar minyak kelapa OOCO
– 1 sudu besar pes asam jawa
– Garam dan pemanis Latto secukup rasa
– ½ cawan ikan bilis, digoreng garing
Bahan Pelengkap:
– Telur rebus
– Timun, dihiris
– Ikan bilis, digoreng garing
– Kacang tanah, disangai atau digoreng tanpa minyak
Cara-cara:
1. Sediakan nasi resistance pandan:
Panaskan minyak kelapa OOCO dalam kuali.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tuangkan air pandan ke dalam beras dan bubuhkan sedikit air, santan, bawang merah, bawang putih dan halia. Letakkann 1 sudu besar garam dan 3 sudu minyak OOCO. Gaulkan sehingga sebati dan masakkan seperti biasa. Selepas nasi dimasak, pindahkan ke dalam bekas bertutup dan tinggalkan di dalam freezer selama 12 jam. Selepas 12 jam, panaskan semula nasi kebal dengan letakkan ke dalam microwave.
2. Masak sambal:
Panaskan minyak kelapa OOCO dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Tambah pes asam jawa, garam, dan pemanis keto. Masak sehingga sambal pekat dan seimbang rasanya.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata.
3. Sediakan bahan pelengkap:
Goreng ikan bilis dan kacang tanah sehingga garing. Rebus telur hingga masak, kemudian hiris timun.
Apa Kata Mereka Tentang Minyak OOCO ?
FAQ (SOALAN LAZIM)
Minyak kelapa ooco diperbuat dari kelapa yang diperakui organik dan ditapis dengan arang aktif yang diluluskan secara organik dari sekam kelapa dan tanah liat bentonit, menghilangkan bau dan warna kelapa untuk fleksibiliti memasak yang lebih baik. Oleh kerana teknologi pemprosesan mekanikal (kaedah fizikal bebas kimia) yang unik. Ia mengekalkan semua kebaikan tanpa rasa dan aroma kelapa
Minyak OOCO adalah minyak masak kelapa yang premium. Dikilangkan menggunakan teknologi antarabangsa untuk menentukan keaslian dan kualiti minyak kelapa. Minyak kelapa ooco diperbuat dari kelapa yang diperakui organik dan ditapis dengan arang aktif yang diluluskan secara organik dari sekam kelapa dan tanah liat bentonit, menghilangkan bau dan warna kelapa untuk fleksibiliti memasak yang lebih baik. Oleh kerana teknologi pemprosesan mekanikal (kaedah fizikal bebas kimia) yang unik. Ia mengekalkan semua kebaikan tanpa rasa dan aroma kelapa.
Minyak masak OOCO adalah minyak jenis minyak tepu. Minyak tepu adalah minyak yang paling stabil dan tahan haba. Boleh digunakan dalam 3-4 kali. Pastikan warna minyak tidak menjadi gelap semasa digunakan.
Sebulan. Bergantung pada penggunaan.