Kenali Nefropati Diabetes: Lindungi Buah Pinggang Anda Hari ini!
Nefropati Diabetes adalah sejenis penyakit buah pinggang progresif yang berlaku kepada para pesakit Diabetes dalam jangka masa panjang. Ia memberi kesan kepada penghidap Diabetes Jenis-1 dan Jenis-2 dimana risikonya meningkat terutamanya apabila pesakit mempunyai tekanan darah tinggi dan sejarah keluarga yang berpenyakit ginjal.
Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan Tips Kesihatan Secara Semulajadi Dengan Dr Jue !
Dr Siti Juariah
Founder/CEO Djuewellness
Anda Mesti Tak Pernah Dengar Berkenaan Kencing Manis Tersembunyi
Gejala Nefropati Diabetes
Tahap awal kerosakan buah pinggang sering tidak menyebabkan gejala yang ketara. Pesakit mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehingga berada di peringkat akhir penyakit buah pinggang kronik.
Gejala ESRD termasuk:
- keletihan
- perasaan tidak sihat secara keseluruhan
- hilang selera makan
- sakit kepala
- kulit gatal dan kering
- loya atau muntah
- bengkak lengan dan kaki anda
Penjelasan Mudah Tentang Penyakit Kencing Manis - Part 1
Fakta Penting Mengenai Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu - Part 2
Apa Punca Berlakunya Nefropati Diabetes?
Setiap buah pinggang anda mempunyai kira-kira satu juta Nefron yang bertindak sebagai struktur kecil yang menyaring sisa dari darah pesakit. Diabetes boleh menyebabkan Nefron menebal dan berparut seterusnya menjadikannya buah pinggang pesakit lemah dalam menyaring sisa dan mengeluarkan cecair dari badan. Ini menyebabkan mereka membocorkan sejenis Protein yang disebut Albumin ke dalam air kencing. Kandungan Albumin dalam air kencing dapat diukur bagimembantu diagnosis dan menentukan perkembangan Nefropati Diabetes.
Sebab sebenar kejadian ini berlaku pada pengidap Diabetes adalah masih tidak diketahui, namun kadar gula yang tinggi dalam darah dan tekanan darah tinggi dianggap menyumbang kepada Nefropati Diabetes. Tahap gula dalam darah atau tekanan darah yang tinggi secara berterusan adalah dua perkara yang boleh merosakkan buah pinggang anda lalu melemahkan fungsi buah pinggang.
Nak Reverse Kencing Manis Tanpa Makan Ubat ?
Cara Diagnos Nefropati Diabetes
Setiap tahun, Ujian Darah dan Ujian Air Kencing akan dijalankan untuk memeriksa tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang. Ini kerana Diabetes adalah faktor risiko kerosakan buah pinggang yang utama. Ujian ini merangkumi:
Memeriksa keberadaan Nitrogen dari darah dalam urea pesakit. Nitrogen terbentuk apabila Protein dipecahkan. Oleh itu, tahap Nitrogen dalam air kencing yang lebih tinggi daripada biasa mungkin merupakan tanda kegagalan buah pinggang.
3. Ujian Kreatinin Darah
Tahap Kreatinin dalam darah akan diukur. Ginjal pesakit akan mengeluarkan kreatinin dari badan dengan menghantarnya ke pundi kencing lalu dilepaskan dalam air kencing. Doktor akan menggunakan tahap Kreatinin untuk mengira Kadar Penapisan Glomerular (eGFR) pesakit, yang membantu menentukan seberapa baik buah pinggangnya berfungsi.
4. Biopsi buah pinggang
Jika anda disyaki menghidap Nefropati Diabetes, doktor akan mengarahkan biopsi buah pinggang untuk dijalankan. Biopsi buah pinggang adalah prosedur pembedahan di mana sampel kecil dari salah satu atau kedua-dua buah pinggang pesakit dikeluarkan dan dilihat di bawah mikroskop.
Kencing Manis Boleh Menyebabkan Anda Pekak !
Rawatan Yang Sesuai Untuk Nefropati Diabetes
Diet dan perubahan gaya hidup
- mengehadkan pengambilan protein
- memakan lemak sihat
- mengurangkan pengambilan natrium kepada 1,500 hingga 2,000 mg / dL atau kurang
- mengehadkan pengambilan kalium, termasuk mengurangkan atau membatasi pengambilan makanan kalium tinggi seperti pisang, alpukat, dan bayam
- mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi fosforus, seperti yogurt, susu dan daging yang diproses
Doktor anda dapat membantu anda membuat rancangan diet yang disesuaikan. Dr Jue akan mencadangkan anda untuk buat Barley Diet berbanding Ketogenik Diet.
Rawatan ESRD
Sekiranya anda menghidap ESRD, anda mungkin memerlukan dialisis atau transplantasi ginjal selain rawatan bagi peringkat awal penyakit buah pinggang.
- Dialisis adalah sebuah prosedur yang membantu menyaring sisa darah pesakit. Terdapat dua jenis dialisis utama: Hemodialisis dan Dialisis Peritoneal. Doktor akan menentukan rawatan mana yang terbaik untuk pesakit.