Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
Buah pinggang atau Ginjal merupakan sepasang organ yang amat penting dalam tubuh badan manusia bagi menapis dan membolehkan badan membuang sisa yang tidak diperlukan oleh badan disamping mengawal tahap cecair yang optimum dalam badan. Ia sekaligus dapat mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon yang penting bagi kesihatan tulang manusia.
Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan Tips Kesihatan Secara Semulajadi Dengan Dr Jue !
Dr Siti Juariah
Founder/CEO Djuewellness
Punca Penyakit Buah Pinggang
Mengikut statistik Jumlah Pesakit Buah Pinggang Malaysia 2020, 25% daripada rakyat Malaysia menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik. Antara faktor utama penyakit ini adalah Kencing Manis (Diabetes Mellitus) Jenis-2 dan Tekanan Darah Tinggi. Selain itu, pembentukan batu karang, faktor Genetik dan Polycystic Kidney Disease, dimana dalam keadaan-keadaan ini, Buah Pinggang pesakit penuh dengan sisa yang menolak fungsi Buah Pinggang. Dalam sesetengah keadaan, Buah Pinggang menjadi Imun seperti IgA Nephropathy dimana tubuh menghasilkan antibodi yang tidak normal, ia terperangkap dalam sel-sel kecil Buah Pinggang lalu menyebabkan kerosakan. Selain itu, dalam penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dimana antibodi diri sendiri badan menyerang sel-sel lain yang normal dalam badan turut menjadi faktor selain pengambilan ubat-ubatan, dadah, supplemen dan bahan kimia yang mencederakan buah pinggang.
Setiap proses kerosakan ini berlaku secara perlahan-lahan dalam keadaan kita tidak sedar, bukan seperti serangan Jantung yang berlaku secara tiba-tiba pesakit merasa sakit dada. Ia kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom sehinggakan apabila ia mencapai tahap kerosakan tisu Buah Pinggang sebanyak 50-70%. Oleh itu, pemeriksaan Buah Pinggang secara berkala amatlah penting.
Buah Pinggang Kita Rosak Sendiri Atau Kita Sendiri Yang Merosakkannya?
Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang Kronik
- Pesakit Kencing Manis
- Pesakit Tekanan Darah Tinggi dan Sakit Jantung
- Kolesterol Tinggi dalam darah
- Perokok
- Berat badan berlebihan / Obesiti
- 10% – sejarah keluarga
Apa Kaitan Kencing Manis Dengan Penyakit Buah Pinggang?
Simptom-Simptom
Simptom bagi penyakit ini adalah tidak spesifik, contohnya kelesuan, perubahan keletihan dan selera makan. Antara simptom yang lebih spesifik adalah seperti mual, muntah, gatal-gatal dan rasa logam dalam mulut. Kadangkala, ada pesakit yang mengalami bengkak kaki, kesukaran bernafas dan perubahan ciri-ciri air kencing.
Cara Diagnosis Penyakit Buah Pinggang Kronik
1. Ujian Darah
Dilakukan oleh doktor kepada pesakit dimana ia akan mengukur keintegritian sel membran Buah Pinggang yang bersifat sebagai penapis. Dalam ujian ini, jumlah Creatinine dalam dalam badan akan dinilai, semakin tinggi jumlah Creatinine dalam badan, semakin berkuranglah fungsi Buah Pinggang untuk menapis.
2. Ujian Air Kencing
Fungsi penapis Buah Pinggang pula dinilai dengan menjalankan Ujian Air Kencing. Jika terdapat darah atau Protein dalam air kencing, 75% ia menunjukkan kerosakan pada “penapis” Buah Pinggang.
3. Ultrasonografi
Ultrasonografi Buah Pinggang turut dijalankan bagi mengenalpasti mana-mana keadaan asing(abnormal).
Kencing Manis Boleh Menyebabkan Anda Pekak !
Klasifikasi Tahap Penyakit Buah Pinggang Kronik
Para Nefrologi mengklasifikasikan penyakit ini kepada 5 tahap bergantung kepada keupayaan fungsi Buah Pinggang sendiri yang diukur melalui tahap Creatinine dalam darah. Tahap yang mengalami paling banyak kerosakan merupakan Tahap-5 manakala Tahap-1 adalah yang paling sikit mengalami kerosakan. Para pesakit Tahap-5 perlu mempersiapkan diri bagi keperluan kepada menjalani Dialisis (suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin Dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat) atau Pemindahan Organ supaya fungsi tubuh dapat kembali normal.
Cara Mengetahui Buah Pinggang Anda Di Stage Yang Mana?
Komplikasi Penyakit
- Tekanan Darah
- Peningkatan bacaan Kolesterol dalam badan
- Risiko Penyakit Jantung dan Strok
- Anemia akibat pengumpulan toksin dan sisa tidak sihat
- Kesihatan tulang yang lemah
- Pengerasan Salur Darah dan badan membengkak
- Masalah penghadaman
Cara Rawatan
Sebarang pengambilan ubat-ubatan sebenarnya secara patologi boleh merosakkan lagi Buah Pinggang individu. Secara umumnya, ia bergantung kepada keadaan, punca dan kesan terhadap seseorang pesakit Buah Pinggang Kronik.
Selain itu, pengamalan Diet ketogenic adalah amat disarankan bagi membantu melambatkan kemerosotan Buah Pinggang. Inti strategi pemakanan utamanya adalah dengan mengehadkan pengambilan Protein dalam makanan kerana Protein yang banyak akan merosakkan lagi Buah Pinggang disamping meminimumkan pengeluaran sisa.
Jom Ikut Protokol Buah Pinggang Dari Dr Jue Untuk Reverse Penyakit Anda Dengan Mudah
- Anemia Injection Recormon
- Elakkan Protein Haiwan
- Adjust Ubat
- Elakkan makanan 5PTAAG
- Amalkan Barley Diet
- Buat Bekam
- Detoks Badan
- Bersenam – Brisk Walk/Swinging
- Amalkan Puasa Rawatan (IF)
- Elakkan Pengambilan Gluten
- Amalkan Herba (SLBPBP)
- Boleh Ambil Izumio
Dengan Buat Puasa Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik Anda Boleh Pulih!
Senaman Ini Boleh Membantu Buah Pinggang Anda
Apa Yang Akan Berlaku Jika Fungsi Buah Pinggang Terus Bertambah Buruk?
Apabila Buah Pinggang gagal berfungsi pada tahap yang optimum dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat (Tahap 4 dan keatas), para Nefrologi akan menasihati untuk memulakan rawatan sokongan buah pinggang. Rawatan ini dikenali sebagai Dialisis. Terdapat 2 kategori Dialisis yang digunakan secara meluas iaitu Hemodialisis dan Dialisis Peritoneal. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan seterusnya pilihan modaliti Dialisis bergantung kepada perbincangan antara pesakit dan doktor.
Pilihan terbaik bagi kebanyakan pesakit Kegaglan Buah Pinggang bagaimanapun, adalah untuk mendapatkan Pemindahan Buah Pinggang untuk memulihkan fungsi buah pinggang supaya kembali normal.