Psyllium Husk

Psyllium Husk – Pelekat

Ciri-ciri: 250g

Kandungan: Fiber

Suplemen serat semula jadi yang sangat baik untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan dan membantu dalam pengurusan berat badan. Psyllium husk berasal dari benih tumbuhan Plantago ovata, yang kaya dengan serat larut air dan dikenali kerana sifatnya yang mampu membentuk gel apabila bersentuhan dengan air.

Sumber Serat Semula Jadi

Psyllium Husk ini adalah sumber serat larut air yang sangat baik, yang apabila dicampur dengan air, berubah menjadi gel likat. Gel ini membantu dalam proses pencernaan dengan melambatkan pengosongan perut, seterusnya memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Membantu Pencernaan

Serat yang terdapat dalam psyllium husk sangat efektif dalam memperbaiki pergerakan usus. Ia membantu melembutkan najis dan mengatasi masalah sembelit. Selain itu, ia juga berkesan dalam merawat cirit-birit ringan dengan menyerap air yang berlebihan dalam usus.

Menyokong Pengurusan Berat Badan

Psyllium Husk adalah sumber serat larut air yang sangat baik, yang apabila dicampur dengan air, berubah menjadi gel likat. Gel ini membantu dalam proses pencernaan dengan melambatkan pengosongan perut, seterusnya memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Siapa Yang Sesuai Gunakannya?

  • Obesiti
  • Diabetes atau Kencing Manis
  • Penyakit Jantung
  • Sindrom Usus Sensitif (IBS)
  • Penyakit Alzheimer atau Dementia
  • Arthritis
  • Penyakit Tiroid
  • Penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver)
  • Gangguan Pencernaan

Resepi Menggunakan Psyllium Husk

Kuih Bom Bijan Keto

Bahan-bahan (Kulit):
– 1 cawan tepung almond
– 1 sudu besar Psyllium Husk
– 1 sudu besar minyak kelapa OOCO
– 2 sudu besar air panas
– Secubit garam
– Biji bijan untuk salut

Bahan-bahan (Inti Koko):
– 2 sudu besar Serbuk Koko

Cara Penyediaan:

1. Sediakan Inti:
– Campurkan serbuk koko, krim kelapa, pemanis, dan minyak kelapa dalam mangkuk kecil. Gaul hingga sebati dan membentuk pes. Ketepikan.

2. Sediakan Kulit Kuih Bom:
– Dalam mangkuk, campurkan tepung almond, psyllium husk, dan secubit garam.
– Masukkan minyak kelapa dan air panas, sedikit demi sedikit, sambil menguli hingga adunan lembut dan boleh dibentuk.
– Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung badam.

3. Bentuk Kuih Bom:
– Ambil sedikit adunan kulit dan leperkan.
– Letakkan sedikit inti koko di tengahnya, kemudian tutup dan bentuk menjadi bulat.
– Golekkan bola kuih dalam biji bijan hingga rata.

4. Goreng Kuih Bom:
– Panaskan minyak kelapa dalam kuali dengan api sederhana.
– Goreng kuih bom hingga keperangan dan rangup di bahagian luar. Pastikan suhu tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan kuih cepat hangus.

5. Siap untuk dihidangkan:
– Angkat dan toskan kuih bom. Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.

Roti Keto

Bahan-bahan:

1 cawan tepung badam
2 sudu besar Psyllium Husk DJueWellness
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
1 cawan air panas
1 sudu besar cuka epal
2 biji putih telur
Cara Penyediaan:

Campurkan tepung badam, psyllium husk, serbuk penaik, dan garam dalam mangkuk.
Masukkan cuka epal dan putih telur, kacau hingga sebati.
Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, kacau hingga adunan pekat.
Bentuk adunan menjadi roti kecil dan bakar pada suhu 180°C selama 50-60 minit hingga perang.

Muffin Keto Lemon

Bahan-bahan:

1 cawan tepung badam
1 sudu besar Psyllium Husk DJueWellness
2 biji telur
1/4 cawan pemanis keto
1/4 cawan minyak kelapa cair
1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon (pilihan)
Cara Penyediaan:

Dalam mangkuk besar, campurkan tepung badam, psyllium husk, dan serbuk penaik.
Tambah telur, pemanis, minyak kelapa, air, dan jus lemon, kacau rata.
Masukkan parutan kulit lemon untuk rasa tambahan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
Bakar pada suhu 180°C selama 20-25 minit sehingga masak.

FAQ (Soalan Lazim)

Serat yang diperoleh dari biji tumbuhan Plantago Ovata.

Tidak mempunyai gluten dan digunakan sebagai pengganti gluten untuk meningkatkan tekstur dan kelembapan.

Campurkannya dalam air atau makanan. Pastikan minum banyak air setelah mengambil Psyllium Husk untuk mengelakkan sembelit.

Kanak-kanak boleh ambilnya, tetapi sebaiknya perlu bimbingan daripada doktor atau team kami.

Psyllium Husk boleh membantu untuk mengawal rasa lapar dengan meningkatkan rasa kenyang.