Mencari Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan? Puasa IF Solusinya!
Apa Itu Intermittent Fasting ?
Intermittent Fasting (IF) adalah kombinasi berpuasa yang diselang-selikan dengan rutin pemakanan harian. Puasa IF ini anda hanya tidak boleh makan sahaja tapi masih boleh minum. Jenis minuman pula yang tiada kalori dan gula. IF ini berbeza dengan puasa-puasa yang lain dan kaedahnya juga berlainan. Ianya tidak tertumpu kepada what to eat tetapi lebih kepada when to eat.
Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan Tips Kesihatan Secara Semulajadi Dengan Dr Jue !
Dr Siti Juariah
Founder/CEO Djuewellness
Fahami Intermittent Fasting Dengan Lebih Mudah Bersama Dr Jue
Kebaikan Membuat Intermittent Fasting
- Mengurangkan risiko kanser
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Mengurangkan peratusan lemak dalam badan
- Mengurangkan selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan
- Mengekalkan struktur otot dalam proses penguraian
- Memperbaiki kandungan gula dalam darah
- Meningkatkan insulin sensitiviti
Dengan Buat Intermittent Fasting Boleh Rawat Penyakit Buah Pinggang
Teknik dan Cara Diet Intermittent Fasting
#1 : Eat - Stop - Eat
Dengan kaedah ini, anda akan berpuasa selama 24 jam dalam kadar 1-2 hari seminggu.
#2 : 16:8 atau Restricted Time Fasting
Anda perlu membahagikan masa sebanyak 16 jam berpuasa dan 8 jam makan.
Anda disarankan untuk memulakan puasa pada waktu petang atau malam agar mudah untuk berpuasa pada waktu tidur sehingga keesokan paginya.
#3 : 5:2 Diet
Kaedah ini anda tidak perlu berpuasa TETAPI anda per;u mengurangi julam pengambilan makanan anda dalam 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.
Cara disarankan adalah anda pelu mengambil 500 (perempuan), 600(lelaki) kalori sahaja dalam masa dua hari dan baki 5 hari lagi anda boleh meneruskan rutin pemakanan anda yang biasa.
#4 : Puasa Selang Sehari
Sebagai contoh, anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja.
#5 : OMAD (One Meal A Day)
OMAD atau puasa seharian, memerlukan anda untuk berpuasa selama 24 jam sehari.
Kebaikan Untuk Anda Bila Buat Intermiitent Fasting (Puasa Rawatan)
Cara Mudah Untuk Anda Mula Puasa Rawatan
Bagaimana Intermittent Fasting Berfungsi ?
Intermittent Fasting berfungsi untuk tubuh kita menggunakan simpanan tenaga yang ada. Tubuh badan akan mula membakar lemak yang tersimpan dan dipangging sebagai proses ketosis. Paras insulin akan menurun dan memudahkan pembakaran lemak.
Apa Yang Boleh Anda Ambil Ketika Intermittent Fasting ?
- Air mineral
- Teh herba
- Kopi O / Teh O
- Sparkling water
- Elektrolit
- Air mineral dengan hirisan lemon
Tips Efektif Intermittent Fasting
Berikut adalah tips yang anda boleh buat semasa Intermittent Fasting:
- Berbuka secara berfasa
- Kekal terhidrasi
- Elakkan makan berlebihan
- Mulakan secara berperingkat
- Pilih makanan berkhasiat
- Kekal konsisten
- Rancang makanan anda
Kebaikan Untuk Anda Bila Buat Intermiitent Fasting (Puasa Rawatan)
Cara Mudah Untuk Anda Mula Puasa Rawatan
Ini Langkah Terbaik Untuk Buat Intermittent Fasting
Adakah Intermittent Fasting Ini Selamat Dibuat ?
Sesetengah orang ada yang cuba untuk turunkan berat badan dengan kaedah yang cepat tetapi secara drastik.
Ianya boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit kronik kerana buat perubahan secara drastik dan laju.
Begitu juga dengan intermittent fasting, tidak semua golongan sesuai untuk amalkannya. Antara individu yang tidak sesuai adalah:
- Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun
- Wanita yang mengandung atau menyusu
- Orang yang menghidap diabetes jenis 1 yang mengambil insulin
- Individu yang ada masalah gangguan makan
Segera berhenti dari mengamalkan diet intermittent fasting sekiranya anda mengalami pitam, pening kepala, lemah badan, tubuh menggigil, penglihatan kabur atau simptom yang lain.