Tepung Almond

Tepung Almond – Mesra Keto

Ciri-ciri produk: 500g

Kandungan: Badam

Tepung almond adalah tepung berkualiti tinggi yang diperbuat daripada 100% badam tulen tanpa kulit, dihasilkan dengan proses pengisaran yang teliti untuk mengekalkan semua nutrien semulajadi. Tepung ini juga bebas gluten yang kaya dengan protein, serat, vitamin dan mineral.

 

Manfaat menggunakan Tepung Almond

Memberikan rasa manis tanpa kalori, membantu mengurangkan pengambilan kalori dan gula.

Tidak menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk kesihatan mulut dan gigi.

Tidak menyebabkan kenaikan gula dalam darah atau insulin, sesuai untuk individu dengan diabetes atau mereka yang menggunakan diet rendah glisemik.

Membantu mengurangkan risiko penyakit metabolik seperti obesiti dan diabetes dengan menggantikan gula biasa dalam diet.

Cara Penggunaan

Pembuatan Kek & Kuih

Dalam Smoothie dan Minuman

Sebagai Bahan Pemekat

Dalam Resepi Bebas Gluten

Siapa yang sesuai untuk gunakan Tepung Almond

Pesakit Diabetes

Pesakit Celiac atau yang sensitif terhadap gluten

Penghidap Sindrom Metabolik

Pesakit Kolesterol Tinggi

Pesakit Obesiti

Resepi Keto Menggunakan Tepung Almond

Kuih Akok Keto

Bahan Akok keto :
– 200g santan pekat
– 100g Air pandan
– 5 biji telur
– 50g tepung almond
– 5 sudu pemanis LATTO Monk Fruit
– 10ml minyak OOCO

Caranya : Blend sahaja semua bahan diatas sehingga sebati. Bakar menggunakan cup maker sehingga masak. Siap! Boleh buat makan untuk minum petang dan yang penting gula tak meroket 

Karipap Keto

KULIT KARIPAP :
– 1/2 cup tepung almond
– 1/3 cup tepung kelapa
– 2 cawan Mozarella cheese
– 1 biji telur
– 5 sudu unsalted butter

INTI KARIPAP :
– Garam secukupnya
– 300gm daging dikisar
– 1 biji Bawang Holland potong dadu
– Serbuk kari
– Cili merah potong dadu

Untuk kulit karipap, cairkan mozarella cheese (Dr Jue guna microwave 5-10 minit) dan masukkan semua bahan untuk kulit karipap, uli sehingga jadi doh dan leper bulatkan.

Inti tumis bawang dan masukkan daging sehingga masak. Rencah dengan serbuk kari, garam dan cili. Masukkan pada kulit karipap dan bentukkan (kelim). Susun karipap atas tray yang disapu minyak OOCO. Bakar oven 180’c sehingga keperangan. Siap!

Roti Keto 2 Min

3 BAHAN MUDAH

– 1 Sudu besar Minyak Masak OOCO
– 3 sudu besar Tepung Almond
– 1 Biji telur

– 1 sudu Latto (Pilihan)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kedalam cawan kaca. Gaul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan kedalam microwave selama 2 minit.

3. Siap.

FAQ (Soalan Lazim)

Ya, kerana ia rendah karbohidrat dan tinggi lemak sihat.

Tidak, tepung almond adalah tepung yang bebas gluten kerana ia diperbuat daripada kacang almond tanpa tambahan gandum atau bijirin.

Tepung almond mempunyai rasa kacang yang lembut dan sedikit manis.

Ya, kerana ianya kaya dengan protein, lemak sihat, serat serta vitamin dan mineral seperti vit E dan magnesium

Kerana tepung almond kita bebas gluten dan akan berderai sekiranya dimasak atau digoreng. Jadinya, Psyllium Husk diperlukan untuk lekatkan tepung almond tu sekali.