Tepung Barli
Tepung Barli
Ciri-ciri produk: 1kg
Kandungan: Bijirin Barli
Tepung barli adalah tepung semulajadi berkualiti tinggi dari bijirin barli yang kaya dengan serat, protein, vitamin, dan mineral. Ia sesuai untuk menambah nilai pemakanan dalam pelbagai resepi seperti roti, biskut, kek, dan pastri. Dengan rasa ringan dan sedikit kacang, tepung barli juga merupakan alternatif baik bagi mereka yang ingin mengurangkan tepung gandum atau meningkatkan pengambilan serat.
Kandungan Tepung Barli
01
Mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin B kompleks (niasin, riboflavin dan thiamin), zat besi, magnesium, fosforus dan zink.
02
Mengandungi Beta-Glukan iaitu sejenis serat larut yang terdapat dalam tepung barli, yang telah terbukti membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah.
03
Semulajadi rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol.
Apa Kelebihan Tepung Barli ini ?
Menyokong Kesihatan Jantung
Mengawal Kadar Gula dalam Darah
Menggalakkan Pencernaan Sihat
Menyokong Pengurusan Berat Badan
Menambah Nutrisi dalam Diet Harian
Cara Penggunaan
- Pembuatan Kek & Kuih
- Sebagai Pemekat Semulajadi
- Dalam Smoothie atau Minuman
- Dalam Masakan Harian
Sesuai Untuk Siapa?
- Pesakit Diabetes
- Pesakit Kolesterol Tinggi
- Untuk Kesihatan Jantung
- Untuk Sistem Pencernaan
- Pesakit Hipertensi (Darah Tinggi)
- Pengurusan Berat Badan
- Untuk Sistem Imun
Resepi Masakan Menggunakan Tepung Barli
Bubur Sumsum Tepung Barli
Bahan-bahan (untuk bubur):
1 cawan tepung barli
2 cawan santan cair
2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam
Bahan-bahan (untuk kuah):
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Stevia atau monk fruit sweetener (secukup rasa) untuk menggantikan gula melaka
Cara Penyediaan :
– Campurkan bahan-bahan untuk bubur:
– Satukan tepung barli, santan cair, air, dan garam dalam periuk.
– Masukkan daun pandan yang telah disimpul untuk memberi aroma wangi.
– Kacau adunan di atas api sederhana hingga adunan mula pekat.
– Pastikan terus kacau supaya tidak berketul dan supaya tekstur bubur menjadi lembut dan licin.
– Setelah adunan menjadi pekat dan berkilat, angkat dan tuang ke dalam bekas untuk dibiarkan sejuk seketika.
-Dalam periuk berasingan, masukkan stevia atau monk fruit sweetener mengikut citarasa bersama daun pandan.
Masak di atas api perlahan hingga mendidih perlahan.
– Hidangkan bubur sumsum dengan kuah tadi.
Apam Barli Kukus
Bahan-bahan:
1 cawan tepung barli
1 biji telur
½ cawan santan cair
½ cawan air kelapa
2 sudu latto
Secubit garam
½ sudu teh baking powder
Cara Penyediaan:
– Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
– Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil.
– Kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.
– Hidangkan dengan kelapa parut
Lempeng Barli
Bahan-bahan:
1 cawan tepung barli
1 biji telur
½ cawan santan cair
½ cawan air
Secubit garam
Cara Penyediaan:
– Campurkan semua bahan dalam mangkuk sehingga sebati.
– Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak.
– Tuang adunan ke dalam kuali dan masak hingga keemasan di kedua-dua belah.
– Hidangkan dengan sambal tumis atau kari tanpa gula.
FAQ (Soalan Lazim)
Tepung barli mengandungi lebih banyak serat dan nutrien berbanding tepung gandum. Manakala tepung gandum mengandungi gluten yang banyak.
Ya, tepung barli mengandungi gluten yang kurang berbanding tepung gandum. Tidak sesuai untuk yang mempunyai penyakit celiac atau alahan gluten.
Tepung barli mempunyai rasa yang sedikit nuttier dan lebih berat berbanding tepung gandum.
Tepung barli mempunyai kandungan kalori yang sederhana, tetapi ia tinggi dalam serat.
Ya, kerana kandungan seratnya yang tinggi, tepung barli boleh membantu meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.