Tepung Kelapa

Tepung Kelapa – Lulus Keto
Ciri-ciri produk: 500g
Kandungan: Isi Kelapa
Tepung kelapa adalah alternatif tepung tanpa gluten yang serbaguna, dihasilkan daripada isi kelapa organik segar yang dikeringkan dan dihaluskan dengan teliti untuk mengekalkan semua nutrien semulajadi. Tepung kelapa ini kaya dengan serat dan rendah karbohidrat, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti keto atau bebas gluten.
Ciri-ciri Utama Produk
Sumber Serat Tinggi
Rendah Karbohidrat dan Gluten-Free
Kaya dengan Lemak Sihat
Bebas Bahan Pengawet
Serbaguna dalam Masakan
Rasa Kelapa yang Ringan
Kebaikan Tepung Kelapa
Menyokong kesihatan pencernaan
Mengawal gula dalam darah
Menyokong pengurusan berat badan
Meningkatkan kesihatan jantung
Sumber lemak sihat
Kaya dengan serat dan nutrien

Cara penggunaan

Pembuatan Kek & Kuih

Dalam smoothie dan minuman

Sebagai pemekat

Individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, diet keto, paleo atau diet bebas gluten
Mereka yang mencari sumber serat tambahan dalam diet mereka
Individu yang ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula
Sesiapa yang ingin menyokong kesihatan pencernaan, pengurusan berat badan atau mengekalkan kadar gula dalam darah yang stabil
Individu dengan alahan gluten atau penyakit celiac
Menu Keto Menggunakan Tepung Kelapa

Pancake Coklat Keto
Bahan-bahan Pancake:
– 2 sudu tepung kelapa
– 5 sudu tepung almond
– 5 sudu psyllium husk
– 1 sudu teh garam
– air (ikut citarasa)
– 3 sudu minyak OOCO
Bahan-bahan Coklat:
– 60 ml santan
– 2 sudu serbuk koko
– pemanis latto (ikut citarasa)
– 2 sudu minyak OOCO
– 2 sudu air
Cara-cara masak:
Panaskan kuali dengan letakkan sedikit minyak OOCO. Kemudian, ambil sedikit adunan pancake dan letakkan ke atas kuali serta leperkannya untuk buatkannya bulat. Tunggu sehingga pancake itu masak dan garing. Ulang step ini sehingga adunan itu habis. Seterusnya, layerkan pancake tu dengan coklat dan da boleh dijamu kepada tetamu !

Kuih Ketayap Keto
Bahan kulit ketayap:
1/4 cwn Tepung kelapa
1/4 cwn santan
2 sudu teh psyllium husk
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1/2 cwn jus pandan
Secubit garam
Bahan untuk inti ketayap :
Kelapa parut
Air rebusan monk fruit
Pemanis LATTO
Daun pandan
Garam himalaya secukup rasa
Pure butter
Caranya :
– Blender semua bahan untuk kulit ketayap. Dengan menggunakan kuali leper disapu minyak OOCO, masak adunan macam masak lempeng dan letak ketepi.
– Untuk inti, cairkan butter, masukkan air rebusan monk fruit, pemanis LATTO dan daun pandan kemudian biarkan sehingga bau pandan naik. Masukkan kelapa parut dan garam himalaya secukup rasa. Gaul hingga sebati dan inti tidak terlalu basah.
– Letak atas kulit ketayap dan gulungkan. Siap! Selamat mencuba.

Roti Canai Keto
BAHAN-bahannya..
1/2 cawan Tepung Kelapa
2 sudu Minyak Masak OOCO
2 sudu Psyllium Husk
1 cawan air panas
Cara-Caranya
1. Letak tepung kelapa & psyllium husk kedalam mangkuk kemudian gaulkan.
2. Kemudian letak air panas sikit demi sikit ke dalam acuan.
3. Kemudian Letak minyak masak ooco kedalam acuan.
3. Uli sehingga sebati.
4. Kemudian gelengkan acuan dan bentukkan bulat mengikut pilihan sendiri
5. Kemudian masak menggunakan periuk leper dengan menggunakan minyak masak OOCO sehingga garing..
FAQ (Soalan Lazim)
Ya, kerana ia rendah karbohidrat dan kaya dengan serat
Tidak, tepung kelapa adalah tepung yang bebas gluten kerana ia diperbuat daripada isi kelapa tanpa tambahan gandum atau bijirin.
Tepung kelapa mempunyai rasa sedikit manis dan aroma kelapa.
Tepung kelapa tinggi serat, protein dan lemak sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman dan boleh membantu menstabilkan bacaan gula.
Kerana tepung kelapa kita bebas gluten dan akan berderai sekiranya dimasak atau digoreng. Jadinya, Psyllium Husk diperlukan untuk lekatkan tepung kelapa tu sekali.

